Wednesday 27 April 2016

ANGKUP VERNIER (VERNIER CALIPER)

Angkup vernier merupakan alat pengukur jitu dan boleh mengukur dengan tepat sehingga kepada ukuran samada 0.05 mm atau 0.02 mm. Alat ini biasanya digunakan di dalam bengkel mesin. Angkup vernier mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier.

Bahagian-bahagian angkup vernier

Badan
Badannya berbentuk seperti sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik atau inci. Senggatan ini dinamakan skala utama. Panjang badan ini menunjukkan saiz angkup vernier.

Plat Vernier
Plat vernier mempunyai skala vernier dan boleh digerakkan di sepanjang badan.

Rahang
Rahang terdiri daripada rahang tetap dan rahang gelangsar. Rahang tetap merupakan sebahagian daripada badan yang bengkok, manakala rahang gelangsar merupakan sebahagian daripada plat vernier  yang boleh bergerak bersama-samanya iaitu selari dengan rahang tetap. Permukaan diantara kedua-dua rahang ini merupakan muka ukuran bagi angkup vernier. Apabila muka ukuran ini bersentuh, bacaannya adalah sifar dan angka sifar pada skala vernier sejajar dengan angka sifar pada skala utama.

Rusuk
Rusuk berbentuk runcing. Ia terletak di sebelah atas. Binaannya hampir sama dengan rahang tetapi ia digunakan untuk mengukur di sebelah dalam.

Nat Pengunci
Nat pengunci digunakan untuk mengunci plat vernier supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan dari benda kerja. Ini dapat mengurangkan kesilapan semasa mengukur.

Bilah Pengukur Dalam
Ia merupakan satu bilah yang kecil, boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang badan apabila rahang dibuka.

(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))


Definisi Pahat

Pahat ialah sejenis alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Sebagaimana kikir, pahat juga merupakan alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi dan mengandungi karbon. Memahat bertujuan untuk memotong bendakerja  bersama pemukul untuk menghasilkan lurah kunci dan mengeluarkan serpihan dari benda kerja.

Bahagian Pahat

Pahat dibahagikan kepada kepala, badan, tirus dan mata pemotong . Ia juga terdapat ukuran panjang dan lebar pada matanya. Bentuk pada mata pemotong perlu bagi menghasilkan pahat yang lengkap  dan baik.


 


(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))
Pemilihan Membuat Roda Pencanai
          Pemilihan roda pencanai amatlah penting untuk mendapat satu hasil kerja yanag sempurna. Dalam pembuatan satu-satu roda yang tertentu, perkara-perkara berikut mestilah diberi perhatian.
Grit
Grit ialah saiz bijian pelelas dan dinyatakan mengikut bilangan lubang pada ayak yang berukuran 25mm X 25mm.
Saiz bijian pelelas berdasarkan bilangan lubang ayak
Kasar
Sederhana
Halus
Sangat halus
10
12
14
16
20
24
30
36
40
46
54
60
80
90
100
120
150
180
220
240
280
320
400
500
600

          Angka yang kecil menunjukkan saiz bijjian yang besar dan yang besar menunjukkan saiz bijian yang halus. Angka grit yang kecil digunakan untuk kerja-kerja kasar dan yang besar untuk kerja halus.

Gred
Ditentukan oleh kekerasan sesuatu pengikat. Pengelasan pengikat ialah dari A (paling halus) sehingga Z (paling kasar).
Jadual 3.2 Gred kekerasan sesuatu pengikat.
Sangat halus
Halus
Sederhana
Keras
Sangat keras
EFG
HIJK
LMNO
PQRS
TUWZ
          Pada sebuah roda yang lembut, pengikat itu lemah dan dan pelelas akan mudah terkeluar dan ini menyebabkan roda itu cepat haus. Jika sebuah roda itu terlalu keras, pelelas itu tidak akan keluar dengan mudah dan ini pula menyebabkan mata alat yang dicanai terbakar.

Struktur roda pencanai
Struktur roda pencanai menunjukkan berapa rapat kedudukan pelelas dan berapa banyak pengikat berada antara sesuatu pelelas.
Rajah : Struktur roda pencanai.
Jadual : Kedudukan pelelas berdasarkan bilangan pengikat yang berada di antaara pelelas-pelelas.
Rapat
Sederhana
Jarang
0, 1, 2, 3
4, 5, 6
7, 8, 9, 10, 11, 12

          10% hingga 30% jumlah isipadu sebuah roda mengandungi pengikat dan ini akan menentukan struktur roda yang jarang akan menghasilkan pemotongan bebas. Bahan yang dicanai akan keluar dengan mudah tetapi permukaannya pula tidak begitu licin jika dibandingkan dengan struktur roda yang sederhana.

Tafsiran Tanda-Tanda Kepiawaian Pada Roda Pencanai
Contoh 1 menunjukkan bagaimana sebuah roda pencanai ditandakan. Tanda piawai amatlah penting dicatatkan semasa hendak memesan roda pencanai yang baru.
Contoh 1
w*
A          46          K          5          V
17*
Dengan
w*     - Simbol syarikat pengeluar jenis pelelas
A       - Jenis pelelas – Aluminium oksida
46     - Saiz bijian pelelas
K       - Gred – Sederhana
5       - Struktur – Rapat
V       - Jenis pengikat – Kekaca

17*    - Simbol syarikat pengeluar jenis roda  

(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))
Komponen Asas Roda Pencanai
Roda pencanai mempunyai dua komponen asas. Komponen pertama ialah pelelas. Komponen yang kedua ialah pengikat. Pelelas ialah bahan keras yang berbentuk pasir dan dilekatkan antara satu sama lain dengan pengikat.





Komponen asas roda pencanai.
Pelelas
          Secara amnya pelelas boleh dikelaskan kepada pelelas asli dan pelelas tiruan. Sebelum penemuan pelelas tiruan, pelelas asli seperti emeri, kuarza, korundum dan batu pasir digunakan. Pelelas asli mengandungi 10% hingga 40% benda asing dan ini menyebabkan pemotongan kuran baik. Penemuan pelelas tiruna mengatasi masalah ini. Lima jenis pelelas tiruan yang digunakan dalam industri moden ialah:
a)Aluminium Oksida
Aluminium oksida dihasilkan daripada bahan benzoit melalui proses yang menggunakan relau elektrik. Pelelas jenis ini boleh digunakan untuk mencanai kebanyakan jenis keluli dan oleh sebab ia tahan lasak ia boleh digunakan pada bahan-bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi. Warna aluminium oksida ialah pernag kemerahan. Pelelas jenis ini digunakan untuk mencanai besi tempawan, gangsa dan keluli.
b)Silikon Karbida
Silikon karbida ialah kerencaman kimia antara silikon dan karbon yang dihasilkan dalam relau elektrik. Hablur silikon karbida itu kepada saiz –saiz bijian yang kecil dan digredkan selepas bijian itu dicuci dan dikeringkan. Warnanya ialah hitam kehijauan. Silikon karbida lebis keras dan mudah rapuh dan sesuai untuk mencanai bahan yang mempunyai rintangan pencanaian yang rendah seperti besi tuang, tembaga, aluminium dan getah yang keras. Ini menyebabkan mata pemotongan yang barumuncul untuk pemotongan seterusnya. Bahan-bahan seperti karbida, batu dan seramik boleh dicanai dengan pelelas ini.
c)    Intan Tiruan
Intan tiruan juga digunakan sebagai pelelas pada roda pencanai. Roda jenis ini lebih keras dan digunakan pada bahan-bahan yang tidak dapat dicanai dengan sempurna dan ekonomi oleh pelelas-pelelas yang lain.
d)    Zirkonium
Pelelas baru ini dibuat apabila 40% zirkonium dilakurkan dengan aluminium oksida pada suhu yang tinggi (1900ÂșC). Pelelas ini ialah pelelas aloi yang pertama yang dikeluarkan. Zirkonium - -aluminium oksida digunakan untuk mencanai kerja-kerja berat dan kasar seperti mencanai halus di kilang besi, foundri dan untuk mencanai bahagian-bahagian fabrikasi logam. Roda pencanai jenis ini juga boleh bertahan iaitu 2 hingga 5 lebih lama berbanding dengan aluminium oksida.
e)    Boron Karbida
Boron karbida dibuat apabila asid borik yang telah dinyah-hidratkan dicampur dengan kok yang bermutu tinggi. Pelelas terbru ini lebih keras daripada pelelas silikon karbida. Oleh sebab pelelas ini terlalu keras, ia tidak sesuai untuk dibentuk dalam roda pencanai. Ia digunakan dalam bentuk serbuk untuk mencanai alat-alat keras seperti tolok menguji dan digunakan dalam kerja-kerja pembagasan pasir.

Pengikat
        Bahan pengikat apabila dicampurkan dengan bijian pelelas membolehkan campuran itu dibentuk menjadi roda dan selepas ditindak haba masih lagi mempunyaisifat kekuatan mekanik untuk melakukan pencanaian. Darjah kekuatan pengikat bergantung pada kekuatan pengikat itu memegang atau melepaskan pelelas daripada roda. Pengikat yyang lembut melepaskan pelelas dengan lebih mudah. Jenis-jenis pengikat ialah:
a)Kekaca
Hampir 75% roda pencanai menggunakan pengikat jenis ini yang mempunyai sifat keliangan dan kekuatan. Sifatnya tidak mudah hilang pada suhu sederhana dan apabila terkena bendalir seperti minyak, air dan asid.
b)Silikat
Pengikat silikat melepaskan pelelas dengan lebih mudah dan ini sentiasa menyebabkan pendedahan bijian pelelas yang baru. Ia digunakan pada roda pencanai yang besar dan untuk mencanai tepi alat pemotong yang suhunya tidak terlalu tinggi.
c)   Syelek
Pengikat jenis syelek digunakan pada roda pencanai yang lebih besar dan digunakan untuk melicinkan alat dapur dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk membuat roda-roda yang nipis.
d)   Getah
Pengikat jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan yang sangat licin seperti di mesin pencanai tanpa tetengah. Jenis pengikat ini kuat dan membolehkan pembuatan roda yang nipis sehingga 1mm.
e)   Damar

Damar digunakan pada roda pencanai yang melakukan kerja-kerja kasardengan kelajuan yang tinggi. Roda-roda nipis yang digunakan untuk operasi mengerat juga menggunakan pengikat jenis ini.

(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))

Roda pencanai

     Definisi Roda Pencanai

          Mencanai ialah proses pembuangan logam dengan menggunakan roda pencanai yang berputar. Roda pencanai diperbuat daripada bahan pelelas yang diikat oleh bahan pengikat. Dua proses mencanai yang utama ialah proses penajaman dan proses pencanai jitu. Proses penajaman digunakan untuk menajamkan alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain -lain lagi. Proses pencanai jitu pula digunakan dalam industri bagi menghasilkan kemasan permukaan yang baik serta ukuran yang tepat.
(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))