Wednesday 27 April 2016

Komponen Asas Roda Pencanai
Roda pencanai mempunyai dua komponen asas. Komponen pertama ialah pelelas. Komponen yang kedua ialah pengikat. Pelelas ialah bahan keras yang berbentuk pasir dan dilekatkan antara satu sama lain dengan pengikat.





Komponen asas roda pencanai.
Pelelas
          Secara amnya pelelas boleh dikelaskan kepada pelelas asli dan pelelas tiruan. Sebelum penemuan pelelas tiruan, pelelas asli seperti emeri, kuarza, korundum dan batu pasir digunakan. Pelelas asli mengandungi 10% hingga 40% benda asing dan ini menyebabkan pemotongan kuran baik. Penemuan pelelas tiruna mengatasi masalah ini. Lima jenis pelelas tiruan yang digunakan dalam industri moden ialah:
a)Aluminium Oksida
Aluminium oksida dihasilkan daripada bahan benzoit melalui proses yang menggunakan relau elektrik. Pelelas jenis ini boleh digunakan untuk mencanai kebanyakan jenis keluli dan oleh sebab ia tahan lasak ia boleh digunakan pada bahan-bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi. Warna aluminium oksida ialah pernag kemerahan. Pelelas jenis ini digunakan untuk mencanai besi tempawan, gangsa dan keluli.
b)Silikon Karbida
Silikon karbida ialah kerencaman kimia antara silikon dan karbon yang dihasilkan dalam relau elektrik. Hablur silikon karbida itu kepada saiz –saiz bijian yang kecil dan digredkan selepas bijian itu dicuci dan dikeringkan. Warnanya ialah hitam kehijauan. Silikon karbida lebis keras dan mudah rapuh dan sesuai untuk mencanai bahan yang mempunyai rintangan pencanaian yang rendah seperti besi tuang, tembaga, aluminium dan getah yang keras. Ini menyebabkan mata pemotongan yang barumuncul untuk pemotongan seterusnya. Bahan-bahan seperti karbida, batu dan seramik boleh dicanai dengan pelelas ini.
c)    Intan Tiruan
Intan tiruan juga digunakan sebagai pelelas pada roda pencanai. Roda jenis ini lebih keras dan digunakan pada bahan-bahan yang tidak dapat dicanai dengan sempurna dan ekonomi oleh pelelas-pelelas yang lain.
d)    Zirkonium
Pelelas baru ini dibuat apabila 40% zirkonium dilakurkan dengan aluminium oksida pada suhu yang tinggi (1900ÂșC). Pelelas ini ialah pelelas aloi yang pertama yang dikeluarkan. Zirkonium - -aluminium oksida digunakan untuk mencanai kerja-kerja berat dan kasar seperti mencanai halus di kilang besi, foundri dan untuk mencanai bahagian-bahagian fabrikasi logam. Roda pencanai jenis ini juga boleh bertahan iaitu 2 hingga 5 lebih lama berbanding dengan aluminium oksida.
e)    Boron Karbida
Boron karbida dibuat apabila asid borik yang telah dinyah-hidratkan dicampur dengan kok yang bermutu tinggi. Pelelas terbru ini lebih keras daripada pelelas silikon karbida. Oleh sebab pelelas ini terlalu keras, ia tidak sesuai untuk dibentuk dalam roda pencanai. Ia digunakan dalam bentuk serbuk untuk mencanai alat-alat keras seperti tolok menguji dan digunakan dalam kerja-kerja pembagasan pasir.

Pengikat
        Bahan pengikat apabila dicampurkan dengan bijian pelelas membolehkan campuran itu dibentuk menjadi roda dan selepas ditindak haba masih lagi mempunyaisifat kekuatan mekanik untuk melakukan pencanaian. Darjah kekuatan pengikat bergantung pada kekuatan pengikat itu memegang atau melepaskan pelelas daripada roda. Pengikat yyang lembut melepaskan pelelas dengan lebih mudah. Jenis-jenis pengikat ialah:
a)Kekaca
Hampir 75% roda pencanai menggunakan pengikat jenis ini yang mempunyai sifat keliangan dan kekuatan. Sifatnya tidak mudah hilang pada suhu sederhana dan apabila terkena bendalir seperti minyak, air dan asid.
b)Silikat
Pengikat silikat melepaskan pelelas dengan lebih mudah dan ini sentiasa menyebabkan pendedahan bijian pelelas yang baru. Ia digunakan pada roda pencanai yang besar dan untuk mencanai tepi alat pemotong yang suhunya tidak terlalu tinggi.
c)   Syelek
Pengikat jenis syelek digunakan pada roda pencanai yang lebih besar dan digunakan untuk melicinkan alat dapur dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk membuat roda-roda yang nipis.
d)   Getah
Pengikat jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan yang sangat licin seperti di mesin pencanai tanpa tetengah. Jenis pengikat ini kuat dan membolehkan pembuatan roda yang nipis sehingga 1mm.
e)   Damar

Damar digunakan pada roda pencanai yang melakukan kerja-kerja kasardengan kelajuan yang tinggi. Roda-roda nipis yang digunakan untuk operasi mengerat juga menggunakan pengikat jenis ini.

(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))

No comments:

Post a Comment