Komponen Asas Roda Pencanai
Roda
pencanai mempunyai dua komponen asas. Komponen pertama ialah pelelas. Komponen
yang kedua ialah pengikat. Pelelas ialah bahan keras yang berbentuk pasir dan
dilekatkan antara satu sama lain dengan pengikat.
Komponen asas roda pencanai.
Pelelas
Secara amnya pelelas boleh dikelaskan
kepada pelelas asli dan pelelas tiruan. Sebelum penemuan pelelas tiruan,
pelelas asli seperti emeri, kuarza, korundum dan batu pasir digunakan. Pelelas
asli mengandungi 10% hingga 40% benda asing dan ini menyebabkan pemotongan kuran
baik. Penemuan pelelas tiruna mengatasi masalah ini. Lima jenis pelelas tiruan
yang digunakan dalam industri moden ialah:
a)Aluminium
Oksida
Aluminium oksida dihasilkan daripada bahan
benzoit melalui proses yang menggunakan relau elektrik. Pelelas jenis ini boleh
digunakan untuk mencanai kebanyakan jenis keluli dan oleh sebab ia tahan lasak
ia boleh digunakan pada bahan-bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi. Warna
aluminium oksida ialah pernag kemerahan. Pelelas jenis ini digunakan untuk
mencanai besi tempawan, gangsa dan keluli.
b)Silikon
Karbida
Silikon
karbida ialah kerencaman kimia antara silikon dan karbon yang dihasilkan dalam
relau elektrik. Hablur silikon karbida itu kepada saiz –saiz bijian yang kecil
dan digredkan selepas bijian itu dicuci dan dikeringkan. Warnanya ialah hitam
kehijauan. Silikon karbida lebis keras dan mudah rapuh dan sesuai untuk
mencanai bahan yang mempunyai rintangan pencanaian yang rendah seperti besi
tuang, tembaga, aluminium dan getah yang keras. Ini menyebabkan mata pemotongan
yang barumuncul untuk pemotongan seterusnya. Bahan-bahan seperti karbida, batu
dan seramik boleh dicanai dengan pelelas ini.
c)
Intan Tiruan
Intan
tiruan juga digunakan sebagai pelelas pada roda pencanai. Roda jenis ini lebih
keras dan digunakan pada bahan-bahan yang tidak dapat dicanai dengan sempurna
dan ekonomi oleh pelelas-pelelas yang lain.
d)
Zirkonium
Pelelas
baru ini dibuat apabila 40% zirkonium dilakurkan dengan aluminium oksida pada
suhu yang tinggi (1900ÂșC). Pelelas ini ialah pelelas aloi yang pertama yang
dikeluarkan. Zirkonium - -aluminium oksida digunakan untuk mencanai kerja-kerja
berat dan kasar seperti mencanai halus di kilang besi, foundri dan untuk
mencanai bahagian-bahagian fabrikasi logam. Roda pencanai jenis ini juga boleh
bertahan iaitu 2 hingga 5 lebih lama berbanding dengan aluminium oksida.
e)
Boron Karbida
Boron
karbida dibuat apabila asid borik yang telah dinyah-hidratkan dicampur dengan
kok yang bermutu tinggi. Pelelas terbru ini lebih keras daripada pelelas
silikon karbida. Oleh sebab pelelas ini terlalu keras, ia tidak sesuai untuk
dibentuk dalam roda pencanai. Ia digunakan dalam bentuk serbuk untuk mencanai
alat-alat keras seperti tolok menguji dan digunakan dalam kerja-kerja
pembagasan pasir.
Pengikat
Bahan pengikat apabila dicampurkan
dengan bijian pelelas membolehkan campuran itu dibentuk menjadi roda dan
selepas ditindak haba masih lagi mempunyaisifat kekuatan mekanik untuk
melakukan pencanaian. Darjah kekuatan pengikat bergantung pada kekuatan
pengikat itu memegang atau melepaskan pelelas daripada roda. Pengikat yyang
lembut melepaskan pelelas dengan lebih mudah. Jenis-jenis pengikat ialah:
a)Kekaca
Hampir
75% roda pencanai menggunakan pengikat jenis ini yang mempunyai sifat keliangan
dan kekuatan. Sifatnya tidak mudah hilang pada suhu sederhana dan apabila
terkena bendalir seperti minyak, air dan asid.
b)Silikat
Pengikat
silikat melepaskan pelelas dengan lebih mudah dan ini sentiasa menyebabkan
pendedahan bijian pelelas yang baru. Ia digunakan pada roda pencanai yang besar
dan untuk mencanai tepi alat pemotong yang suhunya tidak terlalu tinggi.
c)
Syelek
Pengikat
jenis syelek digunakan pada roda pencanai yang lebih besar dan digunakan untuk
melicinkan alat dapur dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk membuat
roda-roda yang nipis.
d)
Getah
Pengikat
jenis ini digunakan untuk mencanai permukaan yang sangat licin seperti di mesin
pencanai tanpa tetengah. Jenis pengikat ini kuat dan membolehkan pembuatan roda
yang nipis sehingga 1mm.
e)
Damar
Damar
digunakan pada roda pencanai yang melakukan kerja-kerja kasardengan kelajuan
yang tinggi. Roda-roda nipis yang digunakan untuk operasi mengerat juga
menggunakan pengikat jenis ini.
(Teknologi Bengkel Mesin, Ibrahim Che Muda & Ramudaran, N. (2000))