Definisi Pahat
Pahat ialah sejenis alat tangan yang digunakan untuk
memotong, menatal atau membuang logam. Sebagaimana kikir, pahat juga merupakan
alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi dan mengandungi
karbon. Memahat bertujuan untuk memotong bendakerja bersama pemukul untuk menghasilkan lurah kunci
dan mengeluarkan serpihan dari benda kerja.
Bahagian Pahat
Pahat dibahagikan kepada kepala, badan, tirus dan mata
pemotong . Ia juga terdapat ukuran panjang dan lebar pada matanya. Bentuk pada
mata pemotong perlu bagi menghasilkan pahat yang lengkap dan baik.
(Teknologi Bengkel Mesin, Ibrahim Che Muda & Ramudaran, N. (2000))
No comments:
Post a Comment