Wednesday, 27 April 2016

Pemilihan Membuat Roda Pencanai
          Pemilihan roda pencanai amatlah penting untuk mendapat satu hasil kerja yanag sempurna. Dalam pembuatan satu-satu roda yang tertentu, perkara-perkara berikut mestilah diberi perhatian.
Grit
Grit ialah saiz bijian pelelas dan dinyatakan mengikut bilangan lubang pada ayak yang berukuran 25mm X 25mm.
Saiz bijian pelelas berdasarkan bilangan lubang ayak
Kasar
Sederhana
Halus
Sangat halus
10
12
14
16
20
24
30
36
40
46
54
60
80
90
100
120
150
180
220
240
280
320
400
500
600

          Angka yang kecil menunjukkan saiz bijjian yang besar dan yang besar menunjukkan saiz bijian yang halus. Angka grit yang kecil digunakan untuk kerja-kerja kasar dan yang besar untuk kerja halus.

Gred
Ditentukan oleh kekerasan sesuatu pengikat. Pengelasan pengikat ialah dari A (paling halus) sehingga Z (paling kasar).
Jadual 3.2 Gred kekerasan sesuatu pengikat.
Sangat halus
Halus
Sederhana
Keras
Sangat keras
EFG
HIJK
LMNO
PQRS
TUWZ
          Pada sebuah roda yang lembut, pengikat itu lemah dan dan pelelas akan mudah terkeluar dan ini menyebabkan roda itu cepat haus. Jika sebuah roda itu terlalu keras, pelelas itu tidak akan keluar dengan mudah dan ini pula menyebabkan mata alat yang dicanai terbakar.

Struktur roda pencanai
Struktur roda pencanai menunjukkan berapa rapat kedudukan pelelas dan berapa banyak pengikat berada antara sesuatu pelelas.
Rajah : Struktur roda pencanai.
Jadual : Kedudukan pelelas berdasarkan bilangan pengikat yang berada di antaara pelelas-pelelas.
Rapat
Sederhana
Jarang
0, 1, 2, 3
4, 5, 6
7, 8, 9, 10, 11, 12

          10% hingga 30% jumlah isipadu sebuah roda mengandungi pengikat dan ini akan menentukan struktur roda yang jarang akan menghasilkan pemotongan bebas. Bahan yang dicanai akan keluar dengan mudah tetapi permukaannya pula tidak begitu licin jika dibandingkan dengan struktur roda yang sederhana.

Tafsiran Tanda-Tanda Kepiawaian Pada Roda Pencanai
Contoh 1 menunjukkan bagaimana sebuah roda pencanai ditandakan. Tanda piawai amatlah penting dicatatkan semasa hendak memesan roda pencanai yang baru.
Contoh 1
w*
A          46          K          5          V
17*
Dengan
w*     - Simbol syarikat pengeluar jenis pelelas
A       - Jenis pelelas – Aluminium oksida
46     - Saiz bijian pelelas
K       - Gred – Sederhana
5       - Struktur – Rapat
V       - Jenis pengikat – Kekaca

17*    - Simbol syarikat pengeluar jenis roda  

(Teknologi Bengkel Mesin,  Ibrahim Che Muda & RamudaranN. (2000))

No comments:

Post a Comment